PENGENALAN
menetap di Pantai Barat dan Timur sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli |
Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di
persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir
.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah
khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak,
Semporna dan Tawau.Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran

pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar
negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna.
Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat
Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

UPACARA PERKHAWINAN
Orang-orang Bajau mempunyai adat perkahwinan yang agak unik di kalangan kaum-kaum di Sabah ini. Ini kerana adat perkahwinan mereka melibatkan upacara-upacara yang lain dari yang lain.Sebelum hari perkahwinan tiba, Upacara Penyucian Mapaci dijalankan. Kadangkadang upacara ini diadakan beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Nama Mapaci diambil daripada perkataan 'Paci' atau 'Pacar' iaitu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan cecair merah selepas dihancurkan. Pacar ini diletakkan ditelapak tangan pengantin perempuan sebagai penyucian sebelum berkahwin. Perkataan Mapaci juga dikatakan diambil daripada 'pemacian' atau maksudnya pembersihan dari bahasa
Bugis. Cecair merah ini juga digunakan untuk mewarnakan kuku pengantin perempuan dari dulu lagi Aktiviti sebelum menjelangnya hari perkahwinan adalah tarian, memainkan muzik kecapi, pertunjukkan pakaian
tradisional serta pakaian perkahwinan. Aktiviti-aktiviti ini biasanya diadakan pada sebelah petang. Semasa hari perkahwinan dijalankan, pengantin lelaki bersama saudaranya akan ke rumah pengantin perempuan. Bergantung kepada situasi, pengantin lelaki ada kalanya menunggang kuda bersama saudaranya ke rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki ini juga disertai gadis-gadis muda yang memakai baju tradisional mereka yang berwarna-warni dengan membawa hantaran serta derma kepada keluarga pengantin perempuan. Hantaran perkahwinan termasuklah emas,
kain-kain serta set berlian.

Selepas rombongan pengantin lelaki itu tiba, mereka semua akan bersalam-salaman dan kemudian upacara akad nikah akan dilangsungkan. Upacara ini disaksikan oleh seorang warga kaum Bajau yang terkenal atau dihormati contohnya ketua kampung. Setelah upacara ini diselesaikan, para jemputan akan dijemput untuk menjamu
selera manakala pasangan pengantin akan duduk bersanding. Acara-acara tambahan akan dilangsungkan pada sebelah petang seperti tarian
untuk menandakan kemuncak upacara perkahwinan dan untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu.

PANTANG LARANG SUKU KAUM BAJAU
dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang digunapakai sehingga hari ini ialah:
larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna
1. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah
2. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain
3. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang
4. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati
5. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang
6. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu
7. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga
8. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit
9. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi
10. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun
11. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
12. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah
13. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu
14. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri
15. barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus
16. anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu
17. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan
isteri
isteri
18. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku
19. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata
· TARIAN DALLING-DALLING ΒAJAU DAN ІGAL ІGAL ВAJAU
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
· TARIAN LIMBAI & RUNSAI (BAJAU KOTA BELUD)
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
ANTARA MAKANAN SUKU KAUM BAJAU:
Siagol/ Sagol ( Ikan Pari atau Ikan Buntal )
Kilau/ Kinilau ( Ikan Bilis yang diperam dengan air limau dan sedikit cuka )
Ikan Bakar beserta Putu/ Piutu ( Ubi kayu )
Latok ( Rumpai laut )
Tehe- Tehe
Kima
Putu, Tompek, Bamban ( Ubi kayu )
Belangkas/ Bangkas
Ketam/ Kagong/ Kagang.
Udang Galah/ Keyot
Siput/ Dollen
Kerang/ Koyang.
Ikan Rebus/ Daeng Lohok
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BAJAU
pakaian tradisional kaum bajau |
· Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum bajau.
· Kebiasaannya lelaki akan menggayakan baju potongan cekak musang dan seluar manakala wanita akan menggayakan blaus baldu sampit dan kain sarung olos berangkit.
· Perhiasan biasa digunakan bagi lelaki ialah samping dan destar manakala wanita ialah perhiasan kepala dan leher.
NILAI DAN KEPERCAYAAN
Ø Upacara
1. 1 KELAHIRAN
· SEWAKTU MENGANDUNG
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
· BERPANTANG
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah
- Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak.
- Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
- Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit
ketimbaluan.
· MENEMPAH BIDAN
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut.
· TANDA KELAHIRAN
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut.
· MELENGGANG PERUT
Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.
· SEMASA BERSALIN
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
·
Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.
· QAMAT / AZAN
Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan.
· MENANAM TEMBUNI
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.
· RAWATAN BIDAN
Selepas k elahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.
· BERPANTANG
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah :
Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
· NAIK BUAI
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
· MENIMBANG BAYI BULAN SAFAR
Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah :
Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
· BERKHATAN
Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut.
1.2 KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
· SELEPAS KEMATIAN
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
· ADAT MENGAWAL KUBUR
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari.
Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.
‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.
Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam.
1. 3 PERKHAWINAN
· MERISIK
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan.
· MEMINANG
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.
· MAJLIS PERKAHWINAN
Pengantin Bajau
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelalki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
1. 4 PERAYAAN
PERAYAAN REGATTA LEPA
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna.Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.
Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan zaman.
TARIAN KAUM BAJAU DI SABAH
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
KESENIAN
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling – Dalling, Igal - Igal dan Runsai.
· TARIAN DALLING-DALLING ΒAJAU DAN ІGAL ІGAL ВAJAU
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
· TARIAN LIMBAI & RUNSAI (BAJAU KOTA BELUD)
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
BAHASA-BAHASA BAJAU YANG SELALU DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN
KATA GANTI ORANG
on = nama
aku = aku
ka'ah = engkau,kamu
kitam = kita
kami = kami
Iy = Dia
ka'am = kalian
Em’ma = bapak
Enggo = Ibu
Adi’/Siali = Adik
Kaka/Siaka = Kakak
Denda = Perempuan
Lella = laki-laki
Mbo Lella = kakek laki-laki
Mbo denda = nenek perempuan
nak' = anak
Pabapaan = paman
Penggoan = bibi
Danakan = Saudara
Kaki = Sepupu
kemanakan = keponakan
mpu = cucu
KATA SIFAT & KATA BENDA Dupang/Babbal = Bodoh
pintar = pintar
Janti’ = Cantik
Laat = Jelek
Hap = bagus
Pendok/Penggot' = Pendek
Langkau = Tinggi
Hea = Besar
Diki/Nahut'= kecil
Heka = Banyak
pote = Warna putih
Keat = Merah
Ettom = hitam
Kuneh = Kuning
Tangan = tangan
Kaki = Kaki
Kok' = Kepala
Buun' = rambut kepala
mata' = mata
Ung = hidung
Boa/bowa = mulut
Talinga/talinga= telinga
Puhu’ = badan
buku = buku
bajju’ = baju
lengon = lengan
Soal = celana
antello/intallo = telur
daing = ikan
SOal TAHA = CELANA panjang
soal pendok'= celana pendek
kameja' = kemeja
sapatu = sepatu
lamari = lemari
Kellean = sampan kecil
bangau = burung bangau
busai/musai = dayung/mendayung
Kappal = kapal
manuk = ayam
kambing = kambing
capi = sapi
kerbau = kerbau
Kuting = kucing
Etek' = bebek
buwas = beras
Kinakan = makanan
inuman = minuman
bohe = air
Beliu = angin
ulan = hujan
tana' = tanah hitungan
Dembigi = satu
duwa = dua
tellu = tiga
empat' = empat
lima = lima
ennom = enam
pitu' = tujuh
walu' = lapan
siyam = sembilan
sampuu=sepuluh

KATA KERJA
mangan = makan
nginum= minum
Lahi = lari
musai = mendayung
mella = masak
ngsosot/mopo = mencuci
mandi = mandi
Nunu’ = membakar
Nehinang = membuat
lumeang = terbang
Lumangi = berenang
miha = mencari
Ngenda'= melihat
Mekalle = mendengar
Missala = berbicara
Ngagat/ngagatan = tunggu /menunggu
Macca = membaca
nulis = menulis
tuLi = tidur
ngilantu = lapar
tinto Mata = ngantuk
Bati’ = bangun tidur
ningge = berdiri
Keket/Neket' =menggigit
laha = berdarah
Lamud' = campur
tiup = meniup
timbak = tembak
sampak = Tampar
nginum= minum
Lahi = lari
musai = mendayung
mella = masak
ngsosot/mopo = mencuci
mandi = mandi
Nunu’ = membakar
Nehinang = membuat
lumeang = terbang
Lumangi = berenang
miha = mencari
Ngenda'= melihat
Mekalle = mendengar
Missala = berbicara
Ngagat/ngagatan = tunggu /menunggu
Macca = membaca
nulis = menulis
tuLi = tidur
ngilantu = lapar
tinto Mata = ngantuk
Bati’ = bangun tidur
ningge = berdiri
Keket/Neket' =menggigit
laha = berdarah
Lamud' = campur
tiup = meniup
timbak = tembak
sampak = Tampar
Sipa= Tendang
balajar= belajar
mahat = memahat
Lumeng’an = jalan
Bek-kuli kuli = main-main
bennal = betul
kilaku =mungkin
Nibelau = gila
Ketoan = tahu/tau
ningko = duduk
ninggee = berdiri
Bekkebilahi = bercinta
Beglata = bercanda
matai = mati
Ngentom = rindu
makale = mendengar
salamat = selamat
Beghinang = kerja
Pehi = kesana
daa = jangan
male = capek
gampang = gampang
nibono = Dipukul
balajar= belajar
mahat = memahat
Lumeng’an = jalan
Bek-kuli kuli = main-main
bennal = betul
kilaku =mungkin
Nibelau = gila
Ketoan = tahu/tau
ningko = duduk
ninggee = berdiri
Bekkebilahi = bercinta
Beglata = bercanda
matai = mati
Ngentom = rindu
makale = mendengar
salamat = selamat
Beghinang = kerja
Pehi = kesana
daa = jangan
male = capek
gampang = gampang
nibono = Dipukul
LAGU-LAGU KAUM BAJAU
ALAT MUZIK KAUM BAJAU
KULINTANGAN
Alat muzik tradisi ini berasal dari Semporna iaitu kaum Suluk dan Bajau. Muzik ini dimainkan bagi memeriahkan lagi sesuatu majlis serta menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis-majlis seperti kenduri,perkahwinan,khatam al-Quran,adat bercukur jambul,dan berkhatan.
Asalnya alat muzik ini diperbuat daripada logam tembaga. Namun,pada masa ini,besi biasa seperti M15,M16,M18 dan besi tangki 48 telah digunakan bagi menggantikan logam tembaga dalam pembuatan alat muzik Kulintangan.
Lazimnya,Kulintangan diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21.Muzik yang dihasilkan oleh Kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi
Alat-alat muzik lain seperti dua buah gong,sebuah canang dan sebuah gendang sering dimainkan bersama Kulintangan.
kulintang
gong
KISAH KAUM BAJAU
LAGENDA BATU BAJAU
oleh Fidelis Insing
Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau.
Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.
Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.
Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.
Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu.
RUMAH TRADISONAL KAUM BAJAU
rumah kaum bajau laut di kepulauan togean
rumah kaum bajau laut di semporna
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
pengantin lelaki & perempuan suku kaum bajau
air laut yang membiru
Alat muzik tradisi ini berasal dari Semporna iaitu kaum Suluk dan Bajau. Muzik ini dimainkan bagi memeriahkan lagi sesuatu majlis serta menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis-majlis seperti kenduri,perkahwinan,khatam al-Quran,adat bercukur jambul,dan berkhatan.
Asalnya alat muzik ini diperbuat daripada logam tembaga. Namun,pada masa ini,besi biasa seperti M15,M16,M18 dan besi tangki 48 telah digunakan bagi menggantikan logam tembaga dalam pembuatan alat muzik Kulintangan.
Lazimnya,Kulintangan diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21.Muzik yang dihasilkan oleh Kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi
Alat-alat muzik lain seperti dua buah gong,sebuah canang dan sebuah gendang sering dimainkan bersama Kulintangan.
kulintang |
gong |
KISAH KAUM BAJAU
LAGENDA BATU BAJAU
oleh Fidelis Insing
Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau.
Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.
Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.
Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.
Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu.
RUMAH TRADISONAL KAUM BAJAU
rumah kaum bajau laut di kepulauan togean |
rumah kaum bajau laut di semporna |
pengantin lelaki & perempuan suku kaum bajau |
air laut yang membiru |
No comments:
Post a Comment